Review Buku: Lili Buat Najah, Nazurah Aishah

Saturday, October 17, 2020


 

Aku beli Lili Buat Najah atas cadangan bookstagrammer. Sesiapa sahaja yang mencadangkan Lili Buat Najah sebelum ni, aku berterima kasih sangat-sangat. Aku terpaksa menahan diri dari terus membaca, sebab aku tahu cerita ni sedih cuma aku tak tahu cerita dia mengenai apa. Jadi, aku kenalah bersedia untuk membaca sesuatu yang aku perlu selami dan hayati untuk lebih menjiwai.

.

Aku ambil masa 4 hari untuk habiskan LBN. Aku boleh katakan, perkara yang membuatkan aku suka dengan LBN ialah covernya yang lebih fresh berbanding sebelum ini. Tajuknya melambangkan keseluruhan perjalanan cerita. Akhir cerita, aku macam oh! Kisah dan konflik dilatari dengan dilema seorang anak, seorang isteri dan pengorbanan keluarga, menjadikan kisah ini kisah yang paling menyayat hati dan memilukan.


"Kerana cinta dunia berperang, kerana cinta yang lemah jadi kuat. Kerana cinta yang kuat bisa hilang daya, kerana cinta yang berakal boleh hilang pertimbangan. "


Aku suka dengan cara penulis yang mencipta dan menggambarkan tiap-tiap watak yang masing-masing mempunyai stong characters. Paling ketara, watak seorang Emily, seorang sahabat yang selalu contribute mesej positive pada Najah dan Tasha. Watak Najah ialah watak yang aku selalu tercari-cari dalam novel, warm-hearted, communicate well dan tahu apa yang dia mahu (pada aku itu definisi romantik) bukan hanya ditonjolkan dengan banyaknya harta. Penulis juga menerapkan elemen, kalau kita 'masuk' dalam sebuah keluarga dengan cara yang tidak seiring dengan kebiasaan, kita kena put effort lebih supaya keluarga dapat menerima. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Berhati-hati dan ada strategi. 


Cuma, aku sedikit terganggu dengan perjalanan cerita kerana, ada perenggan ke perenggan, tidak berkait dengan sempurna. Dialognya sedikit mendatar dan bahasanya agak baku. 


Tapi keseluruhannya, aku gembira dengan naskhah ini, aku enjoy sehinggalah sesuatu yang aku 'nanti-nantikan' berlaku, dan menyebabkan aku fikir aku mampu bertahan dari tidak menghamburkan tangisan tetapi sayang, tangisan yang aku cuba tahan itu  tidak berjaya ya. Aku menangis teruk weh. 


"Always remind your loved ones that you love them. Over and over again. You just never know."


P/s: Last time aku menangis bila baca Pelangi Untuk Ara.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.