Review Novel: Aurora, Azura Rasiddin
Aurora menjadi pilihan aku bulan lepas, apabila aku hampir-hampir hilang minat untuk membaca. Tiada high expectation sewaktu memulakan Aurora yang ditulis oleh Azura Rasiddin tetapi sedikit sebanyak aku mengharapkan, minat dan keterujaan aku membaca tidak terpadam begitu saja.
Dan, seperti yang aku harapkan, Aurora berjaya membuatkan aku kembali excited untuk meneruskan pembacaan. Di sampaikan dengan gaya penulisan yang mengujakan, siapa saja yang tidak tertarik, kan? Pemilihan dan penggunaan ayat yang boleh menterjemahkan rasa dihati cukup buatkan aku tersenyum lebar dengan kisah Aurora dan Eidlan.
Antara kekuatan dalam Aurora, apabila penulis menggarap jalan cerita dengan menyentuh tema impian dan cita-cita, percintaan dan kekeluargaan dan olahan konflik dan mesej -mesej disebalik event-event yang diketengahkan melengkapkan kemenjadian kisah Aurora dan Eidlan.
Kelebihan penulis juga, apabila dapat membawa emosi aku merasai apa yang dilalui oleh Aurora dan Eidlan sepanjang menempuhi konflik-konflik yang ada. Dan satu yang jelas, Azura Rasiddin pakar membuatkan kita berasa marah dengan Eidlan, sebelum menggantikan perasan tersebut dengan sebuah simpati. Kalau aku boleh jelaskan turun naik emosi aku ketika membaca Aurora, mungkin hanya kurang sedikit dari sewaktu aku membaca Pelangi Untuk Ara.
Aku juga dapat melihat perkembangan watak Aurora dan Eidlan dengan jelas apabila mereka menempuh pelbagai konflik. Antara yang aku selalu nanti-nantikan ialan, perkembangan atau perubahan ketara yang aku boleh nampak sebelum dan selepas konflik berlaku. Bahagian dua tentu sekali melengkapkan bahagian satu, cuma aku mengharapkan endingnya sedikit berbeza dari yang asal, kerana ia mengurangkan tahap realistik kepada keseluruhan Aurora.
Overall, aku cadangkan untuk mendapatkan buku ini, jika korang suka sesuatu yang sedikit berat dari segi konflik dan mainan emosi yang sedikit turun naik :)
Tahniah Azura Rasiddin! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan penuh rasa.
No comments:
Thank you!