[Respon kepada video Buli hanthehighness dari ML Studio]

Thursday, October 17, 2019

"Bullying is never a joke and is never funny..." 



[Disclaimer : Pendapat yang dinyatakan adalah sekadar perkongsian peribadi melalui sedikit  pemerhatian, pengalaman dan pembacaan. Tidak mewakili mana-mana pihak.]

Semalam, aku menonton video tentang cara selamatkan diri daripada di buli. Kebanyakan pendapat dari hantthehigness, aku setuju. Aku percaya kebanyakkan dari kita pernah di buli sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

Flashback :

Aku pernah di buli waktu sekolah rendah. Aku kena ejek jongang dan rabbit. Of course sebab struktur gigi aku. heh. Tapi waktu itu, buli ni tak ada dalam kamus hidup aku, sebab ibu aku ajar untuk defence diri. Orang buat kita, tak kan kita nak senyap je. Ibu aku gangster duh, haha. Nah. Ibu selalu pesan, kalau bukan diri awak yang defence diri sendiri, siapa nak nak tolong defence kan? Jadi, alhamdulillah aku tak pernah down teruk kalau orang ejek aku dan aku belajar untuk take it lightly la. Macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. After all, bagi aku tak jadi kudis. Sebab aku lagi better dari orang yang buli aku. heh. 

Tapi my concern is ; buli zaman dahulu tidak seperti buli di zaman sekarang since kita hidup didalam dunia yang semakin toxic. Tapi menjaga diri sendiri adalah tanggungjawab diri kita. Dua tiga tahun lepas, adik bongsu (darjah 4) aku balik rumah dan beritahu. Kawan ejek sebab bawak beg sekolah warna maroon nak ke pink. So kawan ejek dia macam pondan or something. Apa aku buat adalah try to comfort him. Ajak di sembang, ajak dia fikir .

"Jadi, kenapa kalau adik pakai beg pink pun? Salah ke, ada undang-undang kata pink, lelaki tak boleh guna?"

Benda penting sekiranya, kakak/abang/parents/teachers menerima sebarang aduan dari adik/anak/pelajar, alert and give them space untuk berkongsi dan sangat penting untuk comfort and slow talk dengan mereka. Pada aku,benda ni penting, supaya mereka  rasa kita betul betul mendengar, ambil berat dan bukan take it for granted.

"So what? Kalau diorang ejek  pondan pun, you know yourself kan. Adik pondan ke lelaki?"

Aku try comfort adik aku dan cuba bimbing dia untuk tidak ambik serius dengan semua benda yang kawan-kawan dia cakap. Dalam hidup, kalau kita ambik peduli dengan apa orang kata dekat kita, nak respon dekat semua kata-kata orang, kita penat, kita sakit. Now, alhamdulillah, adik aku more chill and dia tahu bila dia kena respon and bila dia kena relaks ja kalau orang ejek dia, bila dia kena beritahu parents  aku (ni related to kalau ada kecederaan) 

.
Masa aku practicum Januari lepas, aku diberi ruang untuk berkongsi tentang buli. Ada sorang student tanya, macam mana nak elak dari kena buli. Aku pesan satu benda je, sebelum aku explain panjang lebar. 

"Jangan mulakan. Control your words"

(Perasan atau tidak, buli kebiasaannya berlaku, bermula dengan kata-kata konon nak bergurau, lepas itu melarat sampai ke behavior : mencederakan) 
.

Untuk elak dari menjadi mangsa buli: 

  1. Cakna. Ambil tahu apa itu buli. Melalui pemerhatian aku, ramai student tak berapa faham tentang buli. Please students, use your internet data, cari tahu apa itu buli. Baru kita boleh alert yang, eh aku ni kena buli dan apa patut aku buat?
  2. Control our words . Words can kill. Bear in our mind, tidak semua orang boleh menerima kata-kata yang menyakitkan walaupun sekadar untuk bergurau. Kalau semua orang berfikir sebelum berkata-kata, insyaAllah situasi akan lebih baik. 
  3. Bina asertif dalam diri. Mula belajar untuk jaga postur tubuh, adakan direct eye contact, belajar untuk bercakap tidak kepada sebarang perbuatan buli. 
  4. Belajar untuk dapatkan pertolongan. Alert, bila masa perlu untuk bertindak, beritahu parents, teachers, counselors. 
Some advices yang aku boleh share kepada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab nak educate tentang isu buli ini, 

[Disclaimer : Bukan experts tapi aku cuba untuk educate melalui pengalaman dan pemerhatian] 

1. Educate your adik/anak  untuk  belajar mempertahankan diri.  

Kebanyakan perkongsian yang aku terima, bila aku tanya kenapa tak bersuara, atau beritahu sesiapa, They will tell me, "parents saya cakap tak apa lah, orang buat  kita, kita jangan buat orang." I don't want to discuss about this sebab masing-masing ada prinsip tersendiri. Iya betul. Ada orang boleh survived, tapi tetap ada orang tak boleh survived. Apa yang aku cuba highlightkan, okay kalau nak berprinsip sedemikian, tapi kena selalu alert sebab once anak-anak dah cakap, but our respond akan buat dia okay better pendam je dari menyuarakan, sebab tak ada fungsi pun. last-last kita yang kena beralah. Maka, jadilah mereka seorang yang suka pendam, suppress, dan once dia meletup, masa itu dah terlambat. 

2. Alert and observe 

Mangsa buli akan menunjukkan simptom-simptom di buli. 

3. Take action 

Sekiranya, ada adik atau anak yang dibuli, ambil masa untuk slow talk dengan mereka, bagi diorang ekspresif kan pengalaman atau perasaan mereka, bagi mereka cerita apa yang berlaku. Do something, kalau ada tanda-tanda mereka dibuli. Jangan anggap, benda yang mereka sampaikan itu sesuatu yang 'ala sikit ja pun.' Sikit pada kita, besar pada mereka terutama kanak-kanak, remaja. Sekurang-kurangnya, cuba analyze dan bantu mereka. Depends on situation. Dari hari ke hari, observe, if mereka makin okay. That's good. Tapi kalau makin teruk, do something. 

Sekiranya, pernah dan masih dibuli. Apa yang patut korang buat?

Personally, aku selalu ajar diri untuk observe keadaan. Tengok la kepada tahap buli. Kalau sekadar kata-kata, aku nasihatkan untuk biarkan ia masuk telinga kanan , keluar telinga kiri. So what kalau mereka kata kita macam-macam pun. Tapi kalau korang rasa, korang tak boleh tahan,buat sesuatu dan dapatkan bantuan. Macam saudara Hant sebut dalam video 'kita ada kuasa nak pilih kata-kata orang itu sesuatu yang menyakitkan atau tidak.'Be positive.Ubah persepsi.Bina asertif. Kita boleh rasa bila kita patut bertindak apabila kita terus dibuli. Sekiranya, dah level menyakitkan dan cedera, tolong dapatkan bantuan, beritahu parents, teachers and counselors. InsyaAllah mereka boleh bantu. 


Untuk yang pernah menjadi pembuli, sama ada sekadar nak tunjuk kuasa, atau just for fun. just stop la eh. benda tak cool pun kalau di buat.  

  1. Siapa beri hak kepada awak untuk membuli?
  2. Pernah terfikir, tindakan buli awak boleh lead to depression, suicide pada orang lain?
  3. Pernah terfikir benda yang menyakitkan itu boleh menjadi saham kepada diri awak?
Kalau awak rasa nak stop jadi pembuli, Good! Mula fokus dengan jaga diri sendiri. 

.
.
.

Mungkin ada orang cakap, is just a bully weh. Sorry, I don't support bully sebab depan mata aku banyak yang kena buli dan mereka rasa 'sakit' tapi terus sakit sebab kita rasa buli itu kecil. Biar pun sekecil-kecil perkara. Buli boleh memberi kesan kepada perkembangan self-esteem dari zaman kanak-kanak sehingga lah dewasa. 

Kalau masih rasa buli itu sekecil perkara, sila lah baca kisah Zulfarhan, kes Sulli dan banyak lagi kes. 

Baca. Fahami. Hayati dan empati. 

Love,
Athirah Amri 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.