14 Oktober 2019

Monday, October 14, 2019

Rutin aku setiap hari adalah bertapa di perpustakaan untuk menyiapkan thesis. Setiap hari kecuali kalau aku terlibat dengan program atau perlu berjumpa dengan penyelia. Jadi, hari ini pagi aku bermula dengan awal pagi. Aku hantar Tikah dan Suhaimi ke airport kepala batas dalam pukul 6.30 pagi. Flight diorang 8.35 pagi. Time aku tulis ni, depa dah selamat sampai rumah la kot. Balik dari hantar Tikah dan Suhami, aku gerak terus ke Al-sagoff, breakfast nasi ayam. Lain macam breakfast pagi ini. Berat sebab aku tak berniat nak lunch. Lepas breakfast aku terus gerak ke perpustakaan, kira macam aku tolong buka pintu perpustakaan la cerita dia. Jadi bermula lah waktu bertapa aku untuk menulis bab 2 yang tidak lah aku cintai sangat ini. Dari pukul 9 sampai 12, aku rasa macam dah tepu, I need a short break. Aku on wi-fi library. Bergegar telefon. Naik beberapa notifications. Tapi ada satu yang paling kena buka sekali, group Endorphins!

Gambar: Time ni aku teman Fath pergi Bukit Tinggi, Malaysia sebab dia nak 'me time' tapi nak kena ada partner. jadi dia angkut aku la



Fath: Aku dah admit hosp... Doakan aku.

Terkejut. Aku cepat reply. 
 
Aku :Wohaa! (respon paling bangang aku rasa. sebab itu orang pesan, kalau nak reply fikir dulu. 
Far: HKL ka?
Pikah: Aaaa. Pushhhh
Edah:Take care fath. Push kuat-kuat.Hospital mana. dah bersalin, roger
Tikah: Semoga dipermudahkan. Moga baby dan hg sihat. Take care selawat banyak-banyak

Sepanjang notification  whats app laju naik satu persatu. Lepas sorang reply, sorang reply.  Semua excited sebab nak jadi aunty la kot. Buat seketika, group yang sepi untuk beberapa hari dek kesibukan masing-masing, meriah hampir satu jam. Sempat jugalah, aku yang kurang ilmu ni kena bahan.

Aku: Kena tunggu berapa cm baru boleh bersalin?
Edah: 10 cm. 
Fath:Kalau tak buka, kena induce la.
Edah: Semoga tak kena induce la.
Aku: Kalau induce lagi sakit eh?
Far: Iyo
Edah: Depa kata sakit. Aku tak tau tak pernah rasa. 
Aku: Kalau hg pernah rasa lain macam la pulak. 
Far: Kalau Edah pernah rasa sesuatu la pulak. 
Aku: Induce tu pakai ubat cair ke pil?
Far:Tirah boleh pi google dah kot. Cemana nak kahwen ni. haha
Fath" *insert gambar* Cucuk dekat sini
Aku: Good Luck fath, Zul. Semoga dipermudahkan urusan bersalin. Tenang tenangkan diri anda. selawat banyak-banyak. Take care & Love you fath XOXO.
Edah: Entah tiroh ni. Ada pulak nak telan ubat tengah dok mengerang nak teran beranak. Apodaaa.
Aku: takmau kahwin la cemni :'( i takuit. 
Farah: Lain orang lain-lain. Belum cuba belum tahu. haha. Hg dah wish kat auntie imi belum, terima kasih tahan sakit melahirkan hg. Dah la anak sulung. haha. 



Suddenly, aku macam emosi sekejap. Aku rasa macam ya Allah scary nya lah orang pregnant. Serius, kalau aku tengok mana-mana perempuan pregnant, aku seriau. I don't know why. Tapi bagi menyahut seruan Far, aku tiba-tiba rasa bertanggungjawab nak wish dekat puan hajah. Haha. Puan hajah confirm ingat anak sulung dia buang tebiat. Haha

Whats app...
Aku: Ibu...
Ibu: Ye
Aku: Thank you so much okay ibu. Mengandungkan along, tahan sakit dan melahirkan along. Love you. 💗
Ibu: Most welcome my dear 💕

and the rest...

Gambar: Time ni aku teman ibu dekat Bukit Tinggi, Indonesia. Ibu nak 'me time' dengan kawan-kawan tapi sebab aku baru lepas final exam lepas degree, ibu angkut sekali la. haha

Aku cuma terfikir yang semakin kita disibukkan dengan entah apa apa yang ada didunia, kita semakin terlupa dengan insan yang sentiasa sanggup berkorban : dari mengandung, menahan sakit, menahan alah dan melahirkan, membesarkan kita sampai kita jadi siapa kita hari ini. Semakin kita lupa, bahawa masa sentiasa berjalan, ukiran kedut semakin menghiasi wajah insan ini dan membisikan kata-kata sayang dan rindu pada insan teristimewa ini sepatutnya menjadi rutin, supaya tidak kesal untuk tempoh yang tidak terjangka. 

(If you read this post, just take a few minutes, to what's app or to call your mum okay. Say thank you and love you ibu, mak, mama, mummy, umi or whatsoever name la you panggil eh.)


Love XOXO, 
Athirah Amri 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.