Review Traveog M.I.T.Y



Traveling - It leaves you speechless, then turns you into a storyteller.



Aku dah lama tak travel jadi aku ambik kesempatan untuk travel melalui travelog M.I.T.Y yang telah diterbitkan oleh penerbitan korpus pada tahun 2018.  Travelog M.I.T.Y ini ditulis oleh lima orang penulis yang berbeza latar belakang. Kelima-lima orang penulis ini telah berkongsi cerita mereka ketika mereka mengembara ke destinasi pilihan mereka dengan tujuan tersendiri. Aku mengambil masa lebih kurang tiga hari untuk menghabiskan kisah-kisah kembara mereka. Sepanjang pembacaan, boleh dikatakan aku travel sekali dengan mereka. Jasad di Malaysia tetapi minda aku berterbangan ke Macedonia, Ireland, Tukri, dan Yaman!  Anda cuma memerlukan dua puluh lima ringgit untuk mengembara ke beberapa tempat, menarik bukan? ehe.

Aku suka membaca tentang Nilam Tang dan kisah-kisahnya di Macedonia. Betapa puitisnya ayat-ayat Nilam Tang dalam menggambarkan keadaan dan situasi yang dilalui olehnya di Macedonia. Keindahan dan kedinginan Labunista, ketenangan tasik Ohrid dan semuanya menggamit rasa aku untuk mahu ke sana. Mungkin, satu hari nanti? Kisah Ilmi di Ireland, aku baca dengan pantas kerana penulisannya agak lurus tetapi aku seakan-akan dapat memahami apabila mereka tidak dapat menawan punca connemara. Sesuatu yang menjadi impian tetapi tidak kesampaian atas sesuatu  faktor pasti akan menimbulkan rasa kecewa, terkilan. Setiap traveller akan ada cita-cita untuk melakukan sesuatu apabila tiba di setiap destinasi, tetapi sekiranya tidak kesampaian, pasti akan merasakan kecewa ya amat! Tapi setiap yang berlaku, ada hikmahnya. 

Bagi followers dan kawan-kawan yang mengenali Adib, pasti tahu kisah Adib dan keterujaannya untuk mengulangi kembaranya ke Turki ehe. Membaca kisah-kisah di Turki buat aku mengimbau kembali pengalaman travel ke sana pada tahun 2011. Aku tak dapat menolak untuk sama-sama berasa teruja sekiranya diberi peluang untuk travel ke Turki lagi. Salah sebuah negara yang terasa sangat dekat dengan aku! Kisah Adib buatkan aku tergelak-gelak, sebab aku mengenali beberapa nama yang disebut dan aku dapat membayangkan betapa rancaknya mereka di sana. (Oh btw aku baca chapter Adib dulu menarik mood aku untuk mulakan pembacaan travelog. Sebab aku dah berhenti baca travelog  dah dekat dua tahun wuh) 

Kisah Izzat Ibrahim dan kembaranya ke beberapa buah negara juga menarik minat aku namun aku lebih teruja kepada tips basic dan ringkas yang dikongsi sekiranya ingin memulakan pengembaraan secara backpackers buat pertama kalinya.  Ya, tips yang aku kira sangat membantu. Kisah-kisahnya berkait penyakit ganjil yang dilalui sehingga menyebabkan beliau menjadikan travel as a therapy. Aku juga suka penulisan kembara kali ini kerana ia mengaitkan pendekatan tersirat yang berkaitan development of talents and skills dalam kisah beliau yang menjadi jurulatih di Leicester. Kisah Adam Khairuddin di Tarim yang di ceritakan secara terperinci memberi ruang untuk aku percaya setiap dari kita ada impian dan harapan untuk menjadikan satu-satu kembara sebagai hijrah rohani. 

Keseluruhannya, aku rasa keistimewaan travelog ini adalah dari segi gaya penulisan dan penceritaan setiap penulis. Konsep pengenalan  penulisan di bahagian setiap chapter dan juga di belakang kulit buku juga menarik untuk pembaca mengetahui serba sedikit latar belakang penulis dan gambar-gambar yang di selitkan di setiap penakhiran cerita dapat memberikan gambaran kepada pembaca untuk melihat dan merasai pengembaraan mereka.  

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.