Cinta Dari Jauh 2

Sunday, February 19, 2012



SMS : Just For Fun.Tiada yang lebih serius melainkan yang serius belaka :D


Aku merenung lama gambarku bersama Sofee ketika majlis perkahwinan kak Ann dua tahun lepas.Masih terjaga.Aku bingkaikan dengan bingkai yang dihadiahkan oleh Sofee sebelum kami ingin mendaftar ke universiti masing -masing.Bingkai kayu itu kuusap perlahan-lahan.Teringat kata-kata Sofee ‘kau jaga bingkai ni baik –baik,kalau aku tahu terbarai siaplah kau.’Aku hanya senyum.Kata-kata Sofee nampak macam ganas tapi bila berada di rumahnya dialah paling manja dan ayu.Anak bongsu.

Aku tetap aku.Nama penuh aku Imani Ridhani Bt Ridhuan.Tapi semua yang mengenali aku memanggil aku Iman.Belum ada lagi yang panggil Imani atau Ridhani.Aku tak kisah pon.Janji nama aku cantik macam tuan dia.HAHA.Maaf aku terperasan.Hampir dua tahun aku berada di UniSZA,KualaTerengganu .Aku menuntut dalam bidang Usuluddin dan Kaunseling.Sofee pula berada di UKM,Bangi dalam bidang Tesl.Apa –apa pun aku bersyukur kerana kami berdua ditempatkan di universiti dalam bidang yang kami minati.Alhamdulillah.Sesungguhnya Allah yang menentukan yang terbaik buat kami.

Aku dan Sofee saling berhubung melalui muka buku,skype,yahoo messenger dan telefon.Dunia sekarang maju dan canggih.Berjauhan bukan alasan hubungan kami akan renggang.Aku dan Sofee akan bergilir-gilir sama ada aku ke Kuala Lumpur atau Sofee ke Terengganu.Yang pastinya kami akan luangkan masa untuk bersama apabila sedang bercuti.Aku akui yang hidup ketika di zaman Universiti tidak membolehkan aku dan Sofee bersama –sama dalam apa jua perkara namun aku percaya persahabatan kami masih tetap utuh kerana aku sentiasa berpegang dengan kata-kata ‘good friend are like stars you don’t always see them but you know they’re always there’.

Lama aku berjeda.Nada dering telefonku berbunyi menghapuskan lamunanku.Lagu The Call  beralun mengikut rentak dan ritma.Aku segera memerhati.Satu pesanan ringkas yang menyatakan aku harus segera ke tempat yang dijanjikan.Ya Allah,macam mana aku boleh lupa yang petang ini aku ada perjumpaan bersama ahli – ahli kelab bimbingan dan kerjaya.Aku yang memegang jawatan setiausaha kelab sepatutnya sudah berada di tempat perjumpaan.

Dengan pantas aku mencari baju kurung yang sesuai dan sudah pasti tidak perlu digosok kerana aku kesuntukan masa.Baju kurung kain kapas yang bercorak polkadot pink itu ku sarung perlahan.Aku mengemaskan selendangku  supaya  nampak kemas dan yang pasti melebihi dada dan menutupi bahu.Pen dan buku catatan yang sememangnya tersusun rapi diatas meja kuambil lalu berjalan kearah pintu.Teman bilikku Nurul masih belum pulang ketika aku keluar.

“Iman Minta maaf sebab lambat” pohonku perlahan.Aku mengambil tempat.Rasa malu menerjah dalam diri kerana sebelum ini aku tidak pernah lewat.Akhi Iskandar  yang merupakan pengerusi kelab hanya mengangguk perlahan.Aku segera duduk lantas bersedia mencatat agenda-agenda yang bakal dibincangkan.Hampir satu jam setengah perjumpaan diadakan.Berzaman nak tunggu  akhir kata tuan pegerusi ini.Banyak agenda yang dibincangkan dalam perjumpaan sebentar tadi.Salah satunya program bersama pelajar – pelajar kelab bimbingan dan kerjaya Universiti  Kebangsaan Malaya yang bakal diadakan pada cuti semester akan datang.Hati aku terus berbunga,kalau ada kesempatan boleh aku berjumpa dengan Sofee.yeah ~ Asyik.

**********

Aku melalui hari demi hari dengan penuh bersemangat walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai perkara antaranya kuliah,exam,kuiz,program ilmu dan sebagainya.Terasa tertekan tapi itulah yang harus aku lalui.Aku yakin dan pasti semua yang bergelar pelajar universiti akan merasai apa yang aku rasa.

Tinggal lagi,mampu bertahan atau tidak itu tepulang pada individu masing- masing.Alahai dah terbagi ceramah kaunseling la pula kan.Aku membelek buku Theories of Personalities.Understanding Persons.Lama aku belek isi kandungan.Menarik .Iyalah dah aku minat kaunseling ,haruslah aku cakap aku menarik .Cuba tanya orang tak minat,mesti jawapan diorang tak menarik.Aku geleng kepala.Mengarut pula.

Mata masih rancak membaca isi kandungan.Tanganku mencapai kamus Oxford lalu kubelek mencari daftar kata yang aku tidak ketahui maksudnya.Ha.Jumpa pon.Aku pantas melarikan jari dengan menulis perkataan tersebut dalam buku catatanku  dengan harapan aku akan mengingati perkatan tersebut.Hampir satu jam aku menelaah .

Aku memandang ke belakang.Nurul masih khusyuk menyiapkan tugasannya. Pada pandangan aku,perangai Nurul agak berbeza dengan Nur Sofee.Walaupun Sofee gila-gila tapi dia masih tahu menghormati orang.Tidak seperti Nurul,orangnya agak sombong dan tidak peramah seperti aku.Tapi aku percaya ini mungkin dugaan aku dalam berukhuwah.Tidak semua dilahirkan dengan sifat-sifat murni.eceh~Dan bila aku berhadapan dengan orang seperti Nurul,aku harus akui kadang -kala aku tercabar dengan sikapnya yang tidak endah dengan nasihat orang dan keras kepala.

“Nurul, kau tak nak tidur lagi ke ?Aku dah ngantuk la” soalku sambil memandang belakang temanku.Nurul berkalih seketika sebelum membetulkan kerusi nya supaya dapat berhadapan denganku.Matanya tajam memerhatikanku.

“Hish.Kan aku dah pesan.Kalau kau nak tidur,tidur lah. Tak payah nak minta izin aku.Lagipun aku punya kerja ni belum siap.” Jarinya mula mengetuk perlahan pada meja study sebelum menyambung kerjanya yang tergendala dek soalanku.Aku mengangkat bahu.Sudah biasa dengan intonasi kasar.Aku tidak kisah.

“Kalau macam tu ,aku tidur dulu.Kau jangan tidur lewat sangat.Tak elok”nasihatku sambil tersenyum manis.

Aku pun tak tahu aku senyum kepada siapa.Aku suka berkawan dengan Nurul walaupun  sikapnya  kadang-kadang agak keterlaluan.Wajahnya nampak sombong tetapi suka membantu.Iya.Membantu aku ketika aku baru menjejakkan kaki di UniSZA dua tahun lepas.
Aku mengemas dan menyusun buku dan alat tulis supaya mejaku nampak kemas.Aku pantang kalau seluruh isi bilikku berselerak.

Aku ke katil .Selepas berdoa aku berkira-kira untuk melelapkan mata, tiba -tiba telefonku berbunyi.Aku perhati skrin telefon.Mama.Aku segera menjawab panggilan tersebut.

“Waa’laikumsalam ma.Nak tidur la ni .Dah mama telefon kena lah jawab nanti mama merajuk pulak kalau Iman tak angkat call mama.” Usikku.Kedengaran tawa mama perlahan dan aku pasti papa juga ketawa disana. Mamanya itu boleh merajuk panjang apabila aku,abang Idlan atau papa tidak menjawab panggilannya.

“Insya-Allah ma,tapi Iman ada program dengan student UKM.”aku berjeda sambil memikirkan cadangan mama.

“Boleh juga macam tu.Iman tunggu dekat UKM je lepas habis program tu.” Aku setuju dengan cadangan mama.

Setelah selesai memberi salam kepada mama.Talian di putuskan.Aku memikirkan rancangan mama semula.Aku ada program di UKM cuti semester nanti.Mungkin dalam lima hari.Baki cuti aku ada lagi lebih kurang tiga minggu.Mama pula minta aku supaya menemaninya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kawan lamanya yang akan diadakan di rumah kawan mama.Kawan mama yang mana ya.Musykil la pula.Ahh.Tak pe la.Kenduri ja pun,apa salahnya menghadiri majlis orang dapat makan free.Hehe.Lebih penting , bila kita mendapat atau menerima undangan ,kita wajib hadir sekiranya tidak ada aral melintang.Ayat yang lebih mudah,kalau tak dek hal la kan.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.