1# Cerpen : Cinta & Cita-cita

Saturday, August 09, 2014










Menyesal!

Ya. itu lah yang aku rasakan. Satu saat dua saat. Rasa itu tetap sama tapi sesal itu sudah tidak berguna lagi. Barang yang lepas usah dikenang kata orang -orang dahulu. Barang apa aku pun tak tahu?Aku menarik nafas sejenak sebelum menyambung bacaan yang tergendala sebentar tadi. Buku masih terselak. Namun bait-bait didalam sikitpun tak masuk kedalam mindaku.

Sudahnya, aku menjatuhkan kepala. Sebelah pipi kiri melekap diatas buku lalu pandangan mata terarah ke luar jendela. Kereta berderet tersusun kemas didalam petak parkir. Bukit botak yang sememangnya sudah ada sejak azali langsung tidak memukau hatiku yang sedang kecewa.

Mata kupejamkan perlahan. Akal terus saja mengingati kejadian sebulan yang lalu.


******


"Dia balas komen aku la kak!" Jerit aku kepada Jofrina sewaktu terjumpa  kakak senior tersebut di tengah jalan. Jofrina bagaikan terpinga-pinga namun sesaat ,dia  mengerti.

"Lepak  bukit jom." Ajak Jofrina ke tempat kegemaran kami berdua.

Bukit botak belakang fakulti! Bukan ada orang suka pun duduk situ. Hanya mereka berdua sahaja yang merasakan tempat itu boleh memberikan ketenangan.

 Aku mengangguk laju memandangkan kuliah untuk hari itu sudahpun tamat.

"Kau suka dia?" Soal Jofrina tanpa memandang  ke arah juniornya. Aku tersenyum nipis.

"Kau tak cuba approach dia?"

Aku membulatkan mata saat mendengar idea yang aku kira tidak relevan buat aku. Dia hanya terkekeh kekeh ketawa apabila melihat aku beraksi sebegitu.

" Aku add dia dekat mukabuku. Aku wish birthday itu tak dikiira approach ke?" Nasib aku agak baik, sebab tarikh lahir lelaki tersebut sama dengan milik ku. Jadi tidak susah untuk mengatakan ia suatu kebetulan yang agak manis.

"Kau add dia atas sebab kau nak jadi apa pada dia?"

"Err soalan apa ni. Haruslah aku nak jadi kawan dia. Nama pun add friend "

"Kawan sahaja? Huh.Aku  tak  percaya langsung." Terangkat bahuku.

Aku diam. Terpulanglah kalau dia tidak mahu percaya pun. Tapi tapi iya ka hanya sekadar kawan? Jauh disudut hati, bukan hanya itu sahaja tujuan aku tapi lebih kepada hubungan yang seterusnya. hubungan apa ? Aku sendiri tidak jelas.

" Kau tak pernah jatuh cinta kan?" Tebak Jofrina sambil tersandar di belakang dinding fakulti.

 Gelengan kepalaku menjawab persoalannya.

" Dah agak dah. Dari gaya kau happy semacam tadi, aku dah boleh tahu sebenarnya." Usik dia menjurus kepada keriangan aku tatkala menerima balasan komen dari si dia.

 Aku mencebik apabila melihat dia seakan-akan riak apabila dapat membaca mindaku.  Siapa tidak kenal dengan Jofrina, pelajar terbaik untuk jabatan mereka. Seorang yang mengaplikasikan apa yang di pelajari sehinggakan orang takut mahu mendekati.

" Jujur, aku tak pernah rasa macam ni sebelum- sebelum ni." Mana taknya, sebelum ini, aku bersekolah di sekolah menengah kebangsaan perempuan al-Insyirah (nama rekaan semata-mata) Kesemua pelajar perempuan, kalau ada lelaki pun cikgu-cikgu yang hampir di makan usia. Tak menarik hati. Kalau ada pun, bukan taste aku. Dan waktu itu, aku gembira dengan hidupku yang dikelilingi kawan-kawan yang pelbagai ragam cuma aku cuba mengelakkan diri aku dari berkawan denga mereka yang sudah bercouple. Bukan sebab aku jeles tapi aku tak rasa aku boleh ' masuk ' dengan  mereka.

couple?

dating?

huh Nonsense.

Tak pernah terfikir langsung mahu mencari pasangan. Baik aku  plan backpacker seterusnya  kemana. Baik aku plan buat girls party dekat rumah aku sendiri. Bagi aku couple semasa sekolah adalah benda yang buang masa, buang duit, tak dek faedah langsung. Yang lagi menggelikan tekak, ada part kalau diajak kemana-mana " nanti aku tanya boyfriend aku dulu yek? Oh bodohnya kau. Baru boyfrend bukannya suami. Sami'na waata'na tak bertempat langsung.

Aku takkan buang duit top up yang abah aku masuk kan setiap bulan hanya kerana mahu membalas pesanan seseorang  lelaki yang aku tak tahu ragamnya bagaimana. Aku tak betah buang masa studi aku hanya kerana mahu keluar berdua-duaan balik rumah lewat malam. Kata mereka itu menyeronokkan tapi tak tahu agaknya, mereka menempa bala pada masa yang sama?


"Dan, jujur aku katakan, yang aku tak nak kau rasa kecewa mahupun terluka sebelum masanya sebab kecewa disebabkan cinta ini sakit tahu?"

"Kenapa? "Ayat-ayatnya  mengundnag ragu dihatiku. Ayat-ayatnya bagaikan mempunyai makdsud-maksud tersirat.

"Kau, manusia yang aku dah anggap macam adik aku sendiri. Jadi aku tak nak kau rasa sakitnya dikecewakan. Kalau boleh aku nak kau rasa yang indah-indah saja tentang cinta." Bertambah musykil tapi aku diamkan diri dari terus menyoal Jofrina.

Diam.

" Dengar sini apa yang aku nak cakap. Kalau kau ada niat sikit pun nak berhubungan dengan dia terus untuk satu hubungan yang panjang,aku nak kau hentikan  sebab aku takut  kalau kau di tolak esok-esok, kau dah tak nak tahu apa lagi itu cinta."

"tapi aku just nak kawan dengan dia ja...."

"Kau yakin?" Mahu mengangguk tapi sepertinya ada yang menghalang.

" kalau macam itu, teruskan lah berkawan di alam maya."

"Tapi ....

******

" Do you remember me?"
"Yes! Kita jumpa dekat majlis makan malam hari tu  kan?"

Komen itu aku biarkan sepi. Bukan tiada kata-kata yang mahu ditulis tapi hati melarang keras. Kata-kata Jofrina malam sebelum itu  buatkan aku terfikir banyak kali. Sedih siapa tak sedih. Iyalah orang yang kau suka, reply komen kau, gembira tak terkata. tapi kau tak boleh teruskan atas sebab sebab lain. 

" Kau suka dia?" Jofrina mula  berbicara. Biacara nya nampak tenang saja. Raut wajah yang penat tu terbias di mataku. Aku menyedut ice blended sedikit. 

Kepalaku angguk perlahan. Mataku masih meratah matanya. 

"Then, declare pada dia." 

"Huh! Apa  kau ni kak. Hari itu kau yang beriya-iya nasihat aku. Ni dah macam menggalakkan aku pulak. Tak paham betul! "

"Hari itu, sebab kau cakap dengan aku, kau nak kwan dengan dia saja kan? Aku takut kau saja yang anggap kau nak berkawan tapi sampai satu masa nanti kau nak dia jadi lebih daripada kawan dan dia langsung tak anggap apa-apa pada kau, kau akan sakit tak?

"Apa bezanya? Kalau aku declare sekarang dan dia tolak aku, aku tetap rasa benda yang sama. "

"Atleast dia tahu perasaan kau..." 

"Dah la kak. Aku pun masih sedar diri.." Terangkat keningnya saat mendengar kata-kataku.

******

" Aku  faham apa yang kau cuba sampaiakn kak. Kau nak aku lebih berhati-hati kan? Memang aku suka dia sejak aku jumpa dia kali pertama. Tapi aku tak mungkin dapat luahkan perasaan aku ni pada dia."

"Kau boleh cuba"

"Cuba? Aku bukannya orang yang berani sangat pun."

"Kau takut di tolak?" Aku angguk.

" Aku tak cukup berani nak beritahu apa yang aku rasa. dan aku paling takut kalau dia reject aku. Aku tak rasa aku cukup kuat untuk itu. Nak rasa perasan macam ni pun sikit punya susah, kau ingat senang-senang aku nak hilangkan?"

"Kau sanggup membodohkan diri?" Aku angkat bahu.

bodohkah aku kerana jatuh suka pada orang yang aku pertama kali jumpa? tak logik kah cinta pandang pertama? dan bodohkah aku apabila memendam perasaan pada seseorang yang aku kenal namanya sahaja? mengarut juga aku ni.

" Aku suka dia tapi tidaklah sampai membodohkan diri aku.Aku masih sedar diri la kak."

Dia menaikkan keningnya bertanya lanjut.

"Aku dengan dia tak setaraf. Dia ada rupa, pelajar medic lagi, keluarga dia  boleh dikatakan berada, tak kanlah dia pandang aku kak. Berduyun-duyun perempuan  cantik dia boleh pilih... dan tak kan sampai sekarang dia single? Memang langsung aku tak percaya. sekarang lelaki cuma cari yang hotstuff tahu?"

"Jadi, buat apa kau simpan perasaan pada dia?"

Aku mengangkat bahu. Aku sendiri tak pasti.

"Jodoh itu ditangan tuhan kak."

"Selebihnya aku fikir sendiri kalau aku declare sekarang,aku tak dapat apa pun. bukan aku boleh jadiisteri dia terus pun. Lagipun kau tahu kan cita cita aku tentang sebuah percintaan. Aku nakkan cinta yang terlahir selepas ijab dan qobul.

dan selebihnya, cita cita aku masih banyak yang belum aku capai. Aku anak sulung, kalau boleh aku nak adikadik aku bangga ada kakak yang berjaya. Masih banyak benda yang aku nak buat sementara aku maish hidup. dan aku pasti kalau aku dah melangkah ke tahap seterusnya ada benda yang aku tak boleh buat.

sekarang aku nak fokus pada hidup aku, kau jugak yang cakap kau nak aku rasa indah-indah saja tentang cinta kan?

Dia tersenyum.

"Dan kau langsung tak fikirkan pasal dia dah?Kau boleh terus lupa apa yang kau rasa?

"Tipulah kalau aku mampu buat macam itu. Ada masa-masanya,aku teringat kan dia. Pelikkan perasaan aku? Aku jumpa dia hanya sekali itu, selebihnya melalui laman muka buku dan sejujurnya aku tak tahu pun hidup dia macam mana.. tapi aku tak pernah tinggal satu benda untuk dia.

Jofrina mengangkat kening

"Aku selalu doa untuk dia."

Senyuman lebar Jofrina berikan pada aku.

"Kalau dia betul jodoh aku, aku berdoa semoga hati-hati kami bertaut dengan redha-Mu dan kalau dia bukan jodoh aku, aku berdoa supaya aku dapat lupakan dia tanpa ada rasa sakit atau rasa yang tak sepatutnya. Selebihnya aku tahu, jodoh yang tuhan tentukan nanti adalah yang terbaik buat aku."


Tulisan : fnama
Jam     : 12.00






No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.